بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ini saya nak share seditkit ilmu dan tips untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang,gemilang,dan terbilang di dunia dan di akhirat..Insya-Allah..
- Tahu bakat dan kecenderungan diri.
- Tahu gaya pembelajaran yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.
- Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang dimahukannya.
- Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.
- Sentiasa fokus ketika berada dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajarannya.
- Mempunyai aras minda(mindset) yang betul tentang belajar.
- Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan kawan-kawan.
- Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan, belajar secara bijak(study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar(study hard).
- Belajar secara output dan bukan sekadar input.
- Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk musim peperiksaan.
- Memanfaatkan belajar secara berkumpulan.
- Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedarnya.
- Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan kelebihan rakan-rakannya.
- Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.
- Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapanya serta memohon restu dan doa mereka.
- Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat buruk serta dosa dan maksiat.
- Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat di samping banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Di sini juga saya ingin sertakan DOA PENERANG HATI untuk kita semua..
Marilah kita memanfaatkannya beramai-ramai..
Apa yang baik kita kongsi bersama ye..Moga-moga kita sentiasa di bawah
lindungan Rahmat-NYA dan juga Redha-NYA..^_^
Sebelum kita memulakan pembelajaran dan menerima ilmu..eloklah kita membaca doa ini..
Semoga apa yang kita pelajari itu senang masuk dalam minda dan hati kita..
Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini ye..^_^
Semoga kita semua diredhai oleh-NYA..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jadi amalkanlah selalu ye kawan-kawan..^_^
0 comments:
Post a Comment