BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::Ahlan Wasahlan::


::Kata Pembuka Tirai::

Saturday, December 24, 2011

Rahsia Pelajar Cemerlang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Hari ini saya nak share seditkit ilmu dan tips untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang,gemilang,dan terbilang di dunia dan di akhirat..Insya-Allah..


  • Tahu bakat dan kecenderungan diri.
  • Tahu gaya pembelajaran yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.
  • Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang dimahukannya.
  • Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.
  • Sentiasa fokus ketika berada dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajarannya.
  • Mempunyai aras minda(mindset) yang betul tentang belajar.
  • Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan kawan-kawan.
  • Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan, belajar secara bijak(study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar(study hard).
  • Belajar secara output dan bukan sekadar input.
  • Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk musim peperiksaan.
  • Memanfaatkan belajar secara berkumpulan.
  • Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedarnya.
  • Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan kelebihan rakan-rakannya.
  • Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.
  • Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapanya serta memohon restu dan doa mereka.
  • Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat buruk serta dosa dan maksiat.
  • Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat di samping banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
 
Di sini juga saya ingin sertakan DOA PENERANG HATI untuk kita semua..
Marilah kita memanfaatkannya beramai-ramai..
Apa yang baik kita kongsi bersama ye..Moga-moga kita sentiasa di bawah
lindungan Rahmat-NYA dan juga Redha-NYA..^_^




Sebelum kita memulakan pembelajaran dan menerima ilmu..eloklah kita membaca doa ini..
Semoga apa yang kita pelajari itu senang masuk dalam minda dan hati kita..
Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini ye..^_^
Semoga kita semua diredhai oleh-NYA..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jadi amalkanlah selalu ye kawan-kawan..^_^

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Al-Quran::

::Kucing Comelku::