BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::Ahlan Wasahlan::


::Kata Pembuka Tirai::

Thursday, November 15, 2012

Risau Tapi Gembira

~Assalamualaikum w.b.t~


Wahh..penat sungguh sejak kebelakangan nie..tak lama lagi aku akan menduduki peperiksaan
paling besar sekali..nak tau apa dia??hahaha^^
tu laa dia STPM!!!!!!!!!!!!
takut wooo siapa tak takut nak exam besar nie..
bagai penentu masa depan huhu^^
walau apa pun aku sudah berusaha dan study dan terus study..
bagi membuat persiapan dalam diri supaya nak jawab nanti dipermudahkan..


Sejak kebelakangan nie juga aku menghadapi pelbagai dugaan..
Ya Allah hanya engkau yang tahu perasaan hatiku ini..
namun begitu tetap tak mematahkan semangatku untuk terus berusaha mencapai cita2..
hehe^^ biasalah minggu2 nak dekat exam nie..macam2 rintangan melanda..
dan macam2 tekanan juga yang mendatang..
TAPI!!!kita seharusnya jangan mengalah..
kita kena lebih pandai mengawal tekanan tu supaya tak menjejaskan minda kita..hehe^^


Dan aku jugak telah habis zaman persekolahan aku..tiada lagi istilah SEKOLAH..
dalam hidup aku lagi..mungkin bagi sesetengah orang..
jika berakhir alam persekolahan..mereka akan gembira dan bebas..
TAPII!!!bukan bagi aku..bagi aku sekolahlah kenangan belajar yang paling3 manis sekali..
hehe^^ rasa sedih jugak laa bila berada di hari akhir persekolahan kan..
segalanya umpama berlaku kejap je..
rasa macam baru je lagi masuk form6 dah abis sekolah dah..
haihhh sedih jugak laa hati nie scratches..:'( 


Jadi aku juga dah berazam kalau aku dimurahkan rezeki..
aku nak jadi cikgu..supaya aku boleh berkecimpung semula dalam alam persekolahan..hehe^^
banyak kenangan manis di sekolah..hanya yang mengerti je yang memahami..
cewaahh!!!hehe^^ btw wish me best of luck in STPM !!!!!
yang akan bermula isnin depan..huhu^^
SELAMAT MAAL HIJRAH saya ucapkan kepada semua pelawat2 blog saya..
semoga hijrah kali nie lebih baik dari hijrah yang sebelumnya..
AMIN YA RABBAL ALAMIN~

Setakat nie saja ucapan saya..andai ada masa saya akan terus menulis dan terus menulis..
mungkin lepas STPM ataupun ada masa2 lapang..hehe^^
baiklah Assalamualaikum semua..^_____^

Tuesday, May 29, 2012

Hari Bahagia Kau Dan Aku

~Bismillahirrahmanirrahim~
::..AsSaLaMuAlAiKuM..::

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana DIA telah memberi peluang kepadaku untuk menebarkan tinta hati pada hari ini..hehe^^
 Pada 19 MEI yang lalu merupakan hari bahagia buat insan yang ku sayang selama ini..nak tau nama ke??huhu xpayah laa..cukuplah sekadar hari lahir saja..hehe^^ saya tidak boleh memaparkan namanya di dalam ruang ini..ianya cukup berharga bagi saya..biarlah ia bertakhta dan melekat di dalam hati saya sahaja..hehe^^
Alhamdulilah akhirnya dia telah pun menjangkau umur 19 tahun..huhu^^
SELAMAT HARI JADI ADINDAKU sayang!!hehe^^
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat..
Kanda SAYANG dinda sampai bila2..^^
Sempena hari jadi dia aku telah banyak membuatkan kejutan dan hadiah untuknya..
Ingin tahu apa dia??hahaha biarlah rahsia ye~ hehe^^
Aku pun turut tumpang bahagia dan gembira di atas hari kelahirannya..hehe^^
Kerana diberi peluang untuk aku terus bersama dengannya..huhu^^
siapa xhepi kan bila insan yang dia sayang tu hepi huhu^^
begitu juga dengan saya...dan harapan saya pada hari bahagia dia..
Teruskanlah SENYUMANMU wahai adindaku..^_^
Kerana senyumanmu itu merupakan pengubat bagiku di kala rinduku padamu..:)
Huhu..umur semakin hari makin meningkat..
dan ekoran dari peningkatan usia ini dapat mematangkan fikiran kami..
Selalu menadah tangan berdoa pada ALLAH...
Agar merahmati dan memberkati hubungan kami ini di landasan syariatMU..hehe^^
Semoga kami dijodohkan...AMIN YA RABBAL ALMIN....^___^
Akhir kata dari saya..cukup sahajalah labuhan tinta saya pada hri ini..
Akibat dari ruang masa yang agak terhad..saya sudah jarang untuk mengupdate blog nie huhu^^
InsyaAllah di masa yang akan datang saya akan terus menukilkan lagi karya2 saya..
Dengan izin Allah InsyaAllah kita akan bertemu lagi..
huhu^^ sekian sahaja bicara saya pada hari ini..
_-_..AsSaLaMuAlAiKuM w.b.t.._-_
Kucing kita ^_^ PUTIH & OREN..comey x??hehe^^

Sunday, February 5, 2012

- Alhamdulillah..Syukur.. -

۞ بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ۞
Assalamualaikum...Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah pun menjangkau umur 19 tahun pada 02/02/2012 hari itu..hehe^^ 
Terasa diri ini semakin hari semakin dekat ke alam dewasa..huhu T_T risaunya laa aku bila fikirkan masa depan ni...
Tapi hanya doa laa yang banyak aku pinta pada Yang Maha Esa...huhu^^
Terima Kasih banyak2 kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi peluang ini untuk teruskan kehidupan ini..
Hanya pada Dia sahaja aku berserah..^_^


Tidak lupa jugak aku nak mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL..^^
Buat pembaca2 sekalian semua..Agar Maulud Nabi kali ini..
Dapat memberi syafaat kepada kita semua..
Dan berusahalah menunaikan sunnah2 Rasulullah S.A.W..
Sekiranya mampu tapi setidaknya ada juga melakukannya..hehe^^
Jangan lupa selawatlah kita ke atas Nabi selagi nyawa masih dikandung badan
Agar mendapat barakah dan pahala dariNYA..^^


Kesekian lamanya tidak menulis kerana sibuk dengan tugasan pelajaran..
Baru kali ini mahu meluahkan tinta yang sudah lama tersemat di hati ini..^^
Ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca2 sekalian ..
Kerana bersabar membaca nukilan saya yang tidak seindah rupa ini..
Moga2 mana yang baik tu dijadikan tauladan..
Yang sebaliknya dijadikan sempadan hehehe^^
Sekian semoga berjumpa lagi di masa akan datang..
Assalamualaikum..W.B.T..^_____^
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Al-Quran::

::Kucing Comelku::