BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::Ahlan Wasahlan::


::Kata Pembuka Tirai::

Tuesday, June 25, 2013

:.: Cerpenku : Cinta Yang Tidak Diduga :.:

 --- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ---

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang
Untuk bernafas di muka bumi pada hari ini..
Walaupun keadaan cuaca yang teruk disebabkan jerebu yang melanda..
Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat-sahabat sekalian..
Pada hari ini saya ingin menghasilkan karya cerpen ciptaan saya sendiri.
Ringkas je tak panjang pun hehe^^
Hope korang semua dapat membacanya dengan enjoy tau..hehe^^
Selamat Membaca..^_^


*************************************************



   Nama aku Ainul Mumtazah. Aku seorang penuntut ilmu di sebuah Pusat Pengajian Tinggi Awam Malaysia pada tahun akhir. Aku mengambil jurusan ijazah kos usuluddin. Hari demi hari,hidupku sentiasa bergelar mahasiswi. Aku juga tidak terlepas dari pelbagai tugasan dan komitmen kerana aku juga merupakan salah seorang Penolong Pengerusi bagi sebuah persatuan Islamik di IPT ku ini. Oleh kerana kehidupanku di IPT ini bercampur antara lelaki dan perempuan,aku agak kekok dalam berhubung dengan insan-insan yang bergelar lelaki. Oleh kerana aku menjawat jawatan Penolong Pengerusi,aku terpaksa untuk menguruskan sesuatu perkara dengan terpaksa untuk berhubung dengan kaum lelaki. Desas hatiku berkata :

"Ahh!Mengapalah Universiti di Malaysia ini tidak diasingkan antara lelaki dengan perempuan..satu universiti tu perempuan sahaja..satu lagi untuk lelaki sahaja..kan aman dunia macam tu..haihhhh~"

   Keluh hatiku sebentar dek kerana aku ini agak pemalu juga orangnya dengan kaum lelaki. Setelah umurku menginjak pada angka 15 tahun,aku tidak pernah lagi untuk bercakap dengan kaum lelaki. Demi menjaga pergaulan aku supaya tidak tertambahnya dosa. Namun susah juga pada mulanya untuk menjaga diri ini sampai ke tahap itu. Setiap hari kehidupanku di IPT ini ialah menghadiri kuliah,mesyuarat persatuan,dengar ceramah agama dan berbagai aktiviti lagi. Namun setibanya pada suatu hari saat aku menghadiri kuliah agama di Dewan Kuliah,aku ternampak seorang mahasiswa yang sebelum ini tidak pernah ku lihat. Aku cuba bertanya kepada rakan sepengajianku Aisyah Solehah "Wei Aisyah!Kau kenal tak mamat tu??Sebelum ini aku tidak pernah nampak mamat tu datang kuliah agama kat dewan kuliah ini??" Tanya ku kehairanan. Lalu Aisyah pun menjawab pertanyaanku "Ohh~itu Hafiz Alauddin..dia mahasiswa di IPT kita juga yang mengambil jurusan Undang-Undang Islam..kenapa kau bertanya??berkenan ye??hehehe.." usik Aisyah kepadaku. " Eh!takdelah..aku cuma bertanya je..sebab tak pernah nampak dia sebelum ini laa...tu je." balasku dengan wajah yang penuh dengan kemerah-merahan. "Tengok muka kau tu..kan da merah-merah tu..hehehe..alalalala~comel je kawan aku ini bila dia malu..haha..Ainul~kalau kau suka mamat tu cakaplah kat aku..kita kan da kawan lama..sejak di bangku sekolah lagi " balas Aisyah dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Namun aku berdiam diri tunduk malu sambil mendengar kuliah agama dalam dewan itu. Aisyah sangat-sangat memahami tentang diriku ini,bila aku malu aku tak mampu untuk berkata sepatah apa pun. Setelah kuliah agama itu tamat pada jam 6 petang,semua mahasiswi dan mahasiswa bersurai ke hal masing-masing.
 
   Namun aku dan Aisyah pula pergi singgah di cafe untuk membeli makanan malam untuk berbuka puasa. Di samping menunggu makanan kami siap kami berdua duduk di meja cafe tersebut sambil bersembang-sembang. Entah bagaimana setibanya perasaanku ini pula bertanya Aisyah tentang soal jodoh. "Aisyah~kalau kau kan..kau suka lelaki jenis yang macam mana ye??perlu ke cinta manusia ini semua??aku rasalah kan,aku taknak kahwin boleh tak?? " Tanya aku seakan-akan menafikan keinginan hatiku. " Kau tak nak kahwin??hahahaha" gelak Aisyah. " Aku cakap betul-betul ini kau gelak pulak..yela,maklum laa kan aku ini dari dulu mana laa pernah bercakap atau bersembang dengan lelaki..so aku agak takut laa " balasku dengan nada muram. " Hehe..kau ini kadang-kadang lucu jugak tau..haha..Ainul~kita ini manusia umat Nabi Muhammad,kalau tak kahwin Nabi tak mengaku umat tau..lagipun kalau kahwin dapat buka pintu rezeki yang luas tau..hehe..lagi satu kalau soal cinta tu biarlah pada yang halal saja,kita perlukan jugak cinta manusia untuk mengenal ALLAH lebih dekat lagi..tapi dengan syarat,yang halal je tau..hehe " balas Aisyah kepadaku sambil tersenyum manis. " Huhu,yelah..kau pun tahu aku ini macam mana kan..hehe tak pe,aku akan ingat pesan kau tu dunia akhirat aku..hehe terima kasih ye Aisyah " balasku dengan senyuman. Tidak lama kemudian,makanan yang dipesan oleh kami siap dan kami segera membayar seterusnya pulang ke bilik masing-masing.
 
   Setelah selesai berbuka dan solat maghrib dan isyak,aku pergi ke meja study ku untuk study subjek-subjek yang aku ambil dalam kos pengajianku. Jam menunjukkan pukul 9.30 p.m. Aku memulakan study aku sambil menyiapkan nota-nota penting bagi memudahkan aku membuat ulangkaji saat peperiksaan akhir aku akan menjelang tibanya nanti. Masa semakin berjalan,dalam sedar tidak sedar,jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku mula merasa mengantuk dan tidak larat,lalu aku mengambil keputusan untuk tidur dan esoknya aku sambung study semula. Saat aku ingin melelapkan mata,hatiku berfikir sejenak :
 
" Alahai~mengapalah aku boleh bertanya pada Aisyah tentang soal cinta jodoh itu semua..malu aku dibuatnya,ini semua gara-gara aku tidak pandai menjaga mata sendiri sampai terlihat seorang lelaki yang bukan muhrim bagiku..Ya Allah~peliharakanlah diri hambaMU ini,sesungguhnya aku tidak mahu tersungkur dalam permainan syaitan..Amin~ "
 
   Lalu aku pun memejamkan mata terus tertidur. Keesokan harinya seperti biasa rutin harianku pergi ke kuliah dengan Aisyah untuk menuntut ilmu kerana ingin berjaya dunia dan akhirat. Setelah kami habis kuliah kami pun bercadang untuk study group bersama di library. Kami berjalan bersama-sama menuju ke library. Setelah sampai di library,aku mengambil bahan-bahan Aisyah untuk diletakkan atas meja dan aku mencari meja mana yang sesuai untuk kami study group. Aisyah pergi mengambil buku-buku rujukan kami yang berada di rak-rak buku tersebut. Setelah aku duduk di tempat meja study kami,aku begitu terkejut kerana ternampak lelaki semalam yang berada di Dewan kuliah untuk mendengar kuliah agama kini berada di library ini,iaitu Hafiz Alauddin. Aku ternampak dia sedang study sendirian. Orangnya biasa-biasa sahaja,memakai kupiah dan t-shirt biasa,punyai ciri-ciri seorang pemimpin. Lalu aku mengalihkan pandanganku kerana aku khuatir jika dia perasan aku melihatnya secara tidak sengaja.
 
   Tidak lama kemudian Aisyah pun datang kepadaku dengan membawa buku-buku rujukan,Aisyah duduk berhadapan denganku supaya komunikasi kami untuk berbincang dapat disampaikan dengan lebih selesa. Kami pun study berbincang tentang topik-topik yang kami kurang fahami dan bertukar-tukar pendapat. Di mana topik yang aku kurang fahami,Aisyah mengajarku dan di mana topik yang Aisyah kurang faham aku mengajar dia. Di samping berbincang study group bersama,aku curi sedikit masa untuk menyiapkan nota-nota yang penting. Namun Aisyah berkata kepadaku bahawa dia terlupa untuk mengambil buku rujukan tentang subjek Pengajian Islam,dia menyuruhku supaya aku mengambilnya. Lalu aku pun pergi ke rak buku seperti yang dikatakan Aisyah untuk mengambil buku rujukan tersebut.
 
    Setibanya aku di rak buku untuk mengambil buku rujukan tersebut,aku ternampak Hafiz juga berada di rak buku tersebut. Namun aku dapat melihat buku pengajian islam itu berada dekat dengan dia. Aku takut dan malu untuk pergi mengambilnya jika Hafiz perasan aku di situ. Nak tak nak juga aku pun memberanikan diriku untuk pergi mengambil buku itu. Setelah aku ingin mengambil buku itu,tanganku mencapai bahagian bawah buku itu namun tangan Hafiz pula mencapai bahagian atas buku itu. Aku takut sebentar dan cepat-cepat mengalihkan tanganku itu dan dia pun membuat perkara yang sama. Lalu dia bertanya " Kamu ingin memakai buku ini ke?? " . Aku hanya mengangguk dan membisu sambil tertunduk malu. Lalu dia terus berkata " Tak mengapalah,ambillah..saya tidak memerlukannya sangat tapi saya percaya kamu lebih memerlukan " sambil memberikan buku itu kepadaku dan aku menerimanya tanpa memandang sedikit pun wajahnya. Dia terus berkata " Maaf ye saudari..saya tak boleh berdiri di sini lama-lama dengan kamu,nanti datang fitnah pula,saya pergi dulu..Assalamualaikum" balasnya dengan senyuman. Aku mengambil buku itu lalu berlalu pergi terlebih dahulu dari dia. Sesudah aku sampai di meja study Aisyah perasan yang muka ku kemerah-merahan. Aisyah bertanya padaku " Kenapa muka kau ini merah Ainul??ambil buku pun boleh malukah??hehe " . Aku membalas pertanyaan Aisyah tadi " Aku terserempak dengan Hafiz masa aku ambil buku ini tadi " . Aisyah pun bertanya sekali lagi " Kau terserempak dengan dia??wah~ada jodohlah tu..hehe " usik Aisyah kepadaku. Aku pun geram dengan usikannya lalu menunjukkan penumbuk padanya untuk selindungkan perasaan maluku itu. Namun Aisyah lagi suka mengusik jika aku lagi bertindak sedemikian. Tidak lama kemudian setelah kami habis study group kami pun berlalu pergi meninggalkan library tersebut.
 
   Di samping aku dengan Aisyah berjalan-jalan untuk pulang,kami ternampak ada satu galeri seni berpusu-pusu orang berkunjung. Rupanya pelajar-pelajar kos seni mengadakan pameran galeri seni bagi tujuan untuk mengetengahkan erti seni pada orang ramai. Kami pun membuat keputusan untuk pergi ke galeri tersebut untuk menghilangkan tension kami sebelum menduduki peperiksaan akhir kami. Di dalamnya kami melihat pelbagai karya-karya yang kreatif dan unik yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar kos seni. Namun hatiku tidak berseni jadi aku kurang memahami erti-erti dan makna sesebuah karya tersebut. Secara kebetulan juga kami bertemu dengan classmate kami di sini iaitu Khadijah Mukminah, Nasuha Mardhiah, dan Rabiatul Mudrikah. Khadijah bertanya " Kamu berdua dari mana??puas kami mencari kamu berdua untuk ajak kamu pergi ke sini..tak sangka kita dipertemukan disini juga Masya-Allah ". Aku pun bersuara " Hehe..kami pergi library kejap tadi study group,nak ajak kamu semua tapi kamu semua sibuk dengan urusan-urusan MPP " . Mereka bertiga merupakan AJK dalam badan MPP di IPT ini. " Nak buat macam mana dah ada komitmen,terpaksa jugaklah korbankan masa,study tak lagi ini..risau jugak kami..peperiksaan nak dekat dah..haihh~ " kata Rabiatul. Aisyah pun membalas " Tak mengapa kami faham,esok kita study group sama-sama okey?? " . " Okey! hehehe.." jawab mereka bertiga serentak.
 
   Sedang jauh aku melihat kecantikan karya-karya seni itu,aku terpandang Hafiz ada di situ. Aku agak terkejut dan malu. Dan dia pun memandang dan perasan akan kehadiranku di situ. Dan aku pun merapatkan tangan sendiri dan menggenggam untuk selindung ketakutan dan rasa malu itu. Lalu Hafiz pun berjalan menuju ke arahku. Aku menggenggam tangan Aisyah dan Aisyah berkata " Eh!kau ini kenapa Ainul??lain macam je aku tengok kau ini?? ". Sahabat-sahabat lain pun pelik kehairanan. Dan satu sapaan pun muncul " Assalamualaikum..maaf menggangu,kamu tertinggal nota kamu ini di library tadi " . Dia pun menghulurkan nota tersebut dan diambil oleh Aisyah. Aku tertunduk malu dan menggenggam erat tangan Aisyah. Aisyah membalas sapaannya " Waalaikumussalam..terima kasih ye akhi,maaf menyusahkan kamu " . " Ohh~tak mengapa,kebetulan saya keluar library lalu di meja study kalian berdua..dan saya rasa ia mungkin milik kamu.." balasnya dengan penuh senyuman. Aisyah menjawab " Ia memang milik kami,tapi kepunyaan kawan saya,terima kasih ya kerana memulangkannya pada dia,ini pun satu barang penting dia" . " Oh yeke,siapakah pemilik sebenar nota ini?? " dia bertanya. Aku pun mengambil nota itu di tangan Aisyah sambil berkata " Ia milik saya,terima kasih pulangkan,asif~saya tidak biasa bersembang dengan lelaki bukan muhrim..maafkan saya dan terima kasih banyak-banyak..Assalamualaikum " . Hafiz pun membalas " Ohh saya faham,maafkan saya,waalaikumussalam " dia pun berlalu pergi.
 
   Nasuha pun bertanya padaku " Siapakah orang itu Ainul??bila kamu kenal dia?? " . Aku menjawab " Tak tahu laa Nasuha,aku sendiri pun tidak kenal dia tapi yang pasti aku tahu nama dia Hafiz " . Lalu Aisyah pun menyampuk " Alalalala~malu pulak dia..hehe entah-entah tu jodoh kau tak??hahaha.." . Aku membalas usikannya " Eeeiii~Kau ini tak habis-habis nak usik aku..aku kenal pun tak dia..entah dari mana entah,kau je memandai " . Rabiatul pun turut menyampuk " Tak baik kata begitu Ainul,silap-silap hari bulan mungkin itu jodoh kau siapa tahu??hehe " . Aisyah dan Rabiatul pun senyum-senyum padaku dan membuatku bertambah malu diam membisu. Khadijah pun berkata " Nama dia Hafiz kan??kalau tak silap aku dia salah seorang dari AJK MPP yang berpangkat tinggi jugaklah..pernah mendapat anugerah dekan tak silap aku" . Aku pun bersuara " Bagaimana kamu lebih banyak tahu tentang dia Khadijah?? " . " Aku tahu pun sebab kebetulan dalam MPP ada rakan sekelas dengan dia merupakan rakan sekerja aku dalam badan MPP " . Aisyah terus mengusik " Wahh~orangnya hebat..Ainul~kau tak berkenan ke??dah la pandai budaknya,ada ciri kepimpinan lagi tu hehehe.." . Aku membalas " Weiii~janganlah macam tu,aku ini dah laa takut dengan lelaki..tak mungkinlah..lambat lagi aku nak fikirkan benda ini.." . Nasuha pun menyebelahi aku " Korang ini apalah..janganlah goyahkan iman kawan kita ini,kesian dia tau..dah!! " . Aisyah dan Rabiatul bersuara serentak " Alalala~yela kami saja je mengusik dia..hehehe sorry ye Ainul.." . Aku pun membalas " Haaa~tau pun takut hehehe..ye aku maafkan.." . Lalu kami berlima pun berlalu pergi meninggalkan galeri seni itu setelah penat menjelajah melihat pameran-pameran karya yang terdapat dalam galeri itu.
 
   Pada jam 11 malam,aku pun mengulangkaji pelajaranku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang tiba. Aku semakin pelik dengan diri aku sendiri,bila aku membaca nota aku yang dipulangkan oleh Hafiz tadi,mesti aku teringatkan dia. Aku cuba melawan permainan syaitan itu,dan aku mengambil keputusan untuk membuka laptop study nota dalam internet sahaja. Aku juga study sambil mendengar lagu-lagu nasyid sebagai penenang buatku untuk study. Namun kadang aku bermonolog sendirian : 

"Haihh~kenapalah bila baca nota ini teringatkan dia..Aku tak minta benda-benda ini berlaku pada diri aku,risau jugak aku ini..mudah-mudahan dijauhkanlah ya Allah~Amin~fuh!fuh!fuh!"
 
   Pada keesokan harinya,aku tiada kuliah. Dan ini membuatkan aku punyai masa yang terluang untuk membuat aktiviti-aktiviti harian aku dengan tenangnya. Sahabat-sahabatku mengajak aku berjalan-jalan cari barang keperluan di pekan. Aku menolak ajakan mereka dengan alasan ingin study dalam bilik sendirian. Namun setelah dipujuk rayu oleh sahabat baikku Aisyah aku mengalah jua. Aku pun pergi pekan bersama sahabat-sahabatku yang lain. Kami orang perempuan jika berjalan macam-macam yang kami lihat. Bak kata orang Window Shopping. Macam-macam karenah sahabat-sahabatku ini. Tapi walau bagaimanapun sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang ada dalam fikiran saya tentang peperiksaaan akhir ini. Sesudah selesai membeli barang-barang keperluan kami pun bertolak pulang ke asrama IPT kami masing-masing. Dalam perjalanan kami berbual tentang si Hafiz itu,membuatkan diri saya menjadi malu. Mereka sering kali memadankan aku dengan si Hafiz itu. Sampai aku pun tidak tahu berkata apa-apa lagi dan hanya berdiam membisu sahaja sambil menahan malu muka kemerah-merahan. Kami pun sampai di asrama kami pada pukul 6.30 petang.
 
   Akhirnya peperiksaan yang ditunggu-tunggu menjelang tiba. Saat inilah begitu rancaknya mahasiswa dan mahasiswi study sungguh-sungguh dan membuat study group. Tidak lupa juga kami berlima pun membuat study group sebagai persiapan kami untuk berperang dengan peperiksaan. Hari demi  hari peperiksaan pun silih berganti subjeknya. Selama tiga minggu peperiksaanku dijalankan dan subjek-subjek aku pun punyai jarak pada waktu-waktu tertentu. Dan ini membuatkan aku banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran bersama sahabat-sahabatku. Akhirnya sebelum paper aku yang terakhir,aku punyai masa ataupun jarak peperiksaan selama 3 hari. Waktu yang paling lama bagiku. Aku pun berehat sebentar dari mengulankaji pelajaran dan sambil itu aku bersembang dengan Aisyah yang sedang berada di bilikku untuk menumpang study. Aku bertanya pada Aisyah " Aisyah~kau rasa kan aku dah sayanglah dengan IPT ini,lepas habis peperiksaan ini kita akan grade,macam tak percaya la yang kita ini dah habis belajar." . Aisyah pun menjawab " Kau ini Ainul..lucu jugak aku dengan kau ini,hehe dah memang lumrahnya macam ini nak buat macam mana..nak tak nak kita kena tinggalkan IPT ini lepas habis peperiksaan ini nanti,tunggu grade je kalau nak datang balik ke IPT ini..hehe..ke kau sayang sebab takut tak dapat tengok si Hafiz tu lagi??hahaha " . " Kau ini kan..saja je tau..ke situ pulak kau fikir " . Aisyah pun tergelak-gelak kerana aku geram padanya. Namun dia jugalah yang memahami diriku dan banyak membantu aku.
 
   Tidak lama kemudian,telefonku berdering. Dan aku lihat di telefonku bahawa Umiku yang sedang menelefonku. Aku menjawab panggilan telefon itu " Assalamualaikum Umi.." . " Waalaikumussalam nak..Along sihat ke kat sana??Along dah makan ke??" Tanya Umiku. Aku pun menjawab " Along sihat je Umi,Umi janganlah risau..Umi dengan Abi sihat-sihat ke kat sana semua?? " . " Kami semua sihat walafiat nak..Alhamdulillah~Umi telefon ini ada perkara penting nak bagitahu Along" Umiku membalas. Aku pun bertanyakan kepada Umi " Perkara apa itu Umi??penting sangat ke??kenapa tak tunggu Along balik je Umi??lagi 3 hari Along balik la lepas habis peperiksaan Along kat sini. " . " Yeke,kalau macam itu Umi tunggu Along baliklah ye,Along jawab peperiksaan itu elok-elok..dapatkan keputusan yang cemerlang,jadi contoh pada adik-adik ini haa." pesan Umiku. Aku menjawab " Baiklah Umi,Along ingat pesan Umi,Along tak kan lupa " . " Umi menaruh harapan pada kamu je Along,belajar elok-elok ye..Umi sayang anak-anak Umi...assalamualaikum. " kata Umiku. " Along pun sayangkan Umi,Along janji akan belajar elok-elok..waalaikumussalam. " balasku.
 
   Disebabkan nasihat umiku itu,aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang. Dan aku tidak punya masa untuk memikirkan tentang cinta manusia lagi. Sehinggalah akhir peperiksaanku,aku berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaanku dengan tenang sekali. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja semoga keputusan peperiksaan akhirku ini cemerlang. Dan sampailah saatnya kami berlima untuk membawa haluan masing setelah tamat belajar di IPT yang sama. Kami berlima pun berangkat pulang untuk menuju ke kampung halaman masing-masing. Sedang dalam perjalanan aku masih teringatkan saat kenangan manis bersama sahabat-sahabat semasa menuntut ilmu di IPT. Ada juga serba sedikit aku teringatkan insan yang bernama Hafiz itu. Dan Aisyah pun menyapa aku " Hai~termenung je..ingat kat Hafiz ke??hahaha" . " Haish~dari aku teringatkan dia lebih baik aku teringatkan kucing yang ada kat IPT tu tau." balasku padanya. " Hahaha dari mata kau pun aku dapat tau laa..hehe kau suka dia ye??baik mengaku jujur cepat! hehe " usik Aisyah kepadaku. Lantas aku menjawab " Alaa kau ini tak baik tau buat kawan kau macam ini..lagi pun aku tak sempat nak kenal dengan dia..macam mana aku nak suka kat dia?? " . " Alaa~cinta tu kan macam rama-rama..lagi dikejar dia lari,tapi dibiarkan ia akan datang sendiri..hehe tapi kalau dah jodoh siapa boleh halang kan??" kata Aisyah. Namun bila difikirkan balik ada benarnya kata-kata Aisyah itu. Aku akui bahawa hatiku ini ada rasa suka kepada Hafiz itu kerana bicaranya sopan,seorang yang jujur,namun aku masih menafikan bahawa aku takut jatuh pada perangkap syaitan.
 
   Dan kami berdua sampai ke destinasi kami,aku pun menuju ke rumahku dan menyalam orang tuaku serta memeluk mereka. Rindu rasanya kerana sudah lama tidak balik ke kampong halaman. Rindu akan masakan Umi,rindu dengan celoteh adik-adik,rindu dengan gurauan Abi dan macam-macam lagi. Kerana bagiku rumahku adalah syurgaku. Di sini lah tempat asal usulku,siang hari itu aku mengubat rinduku dengan bermain bersama adik-adikku di sawah padi. Seronok sangat dan merasakan diri ini seperti budak-budak kecil. Namun itulah saat yang tak boleh dipisahkan dan tautan kasih dengan adik beradik sendiri.
 
   Setibanya waktu malam,sedang aku berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Umi dan Abi datang kepadaku. Lalu Umi membuka perkara yang ingin dibangkitkan sewaktu perbualan kami di telefon semalam. Umi berkata kepadaku " Along,baru-baru ini Umi mendapat telefon dari seorang lelaki kawan Along,katanya dia ingin meminang Along,dalam hujung minggu ini dia datang bawa rombongan.". Lantas aku terkejut dan bertanya " Apa??Ya Allah~siapa orang itu Umi??Along tegur sembang-sembang dengan lelaki pun tak pernah kat universiti tu Umi..lagipun Along masih baru je tamat belajar..kerja pun tak lagi.." . Abi pun mencelah " Abi faham anak Abi ini macam mana,cukup didikan agamanya yang Abi bagi,tapi walau macam mana pun kita tunggu jela hujung minggu ini,kita tengok sama ada Along kenal atau tidak orangnya..sebabnya dia kenal Along dan mengaku kawan Along lagi tu " . Aku pun berkata " Baiklah Umi,Abi...Along ikut je apa Umi dengan Abi cakap.."
 
   Pada malam itu di kamarku,aku pun pening memikirkan siapakah orangnya itu yang berani menelefon Umiku untuk meminangku. Sedangkan aku ini baru sahaja tamat belajar,dan aku begitu geram kerana mengaku bahawa dia kawanku sedangkan aku tidak pernah sesekali pun tegur sembang-sembang dengan lelaki semasa di Universiti baru-baru ini. Amat sukar untukku melelapkan mata. Lalu aku pun mencapai telefonku untuk menelefon Aisyah agar boleh mengurangkan tekananku ini. Aku menceritakan segala hal malam ini yang berlaku padaku dan aku meminta Aisyah luangkan sedikit masa berjumpa denganku esok. Alhamdulillah jawapan Aisyah adalah positif.
 
   Keesokan harinya seperti yang dijanjikan aku dengan Aisyah pun berjumpa. Dan Aisyah pun bertanyakan padaku " Kau nak kahwin dah ke Ainul??wahhh~siapakah lelaki yang bertuah itu??untung dia dapat kau tau..hehe " . " Aisyah!ini bukan main-main laa..kali ini serius aku macam tak boleh terima laa..lagipun kan aku bengang tau dia bagitahu Umi aku yang dia tu kawan aku..kau sendiri pun tahu aku dengan orang lelaki macam mana..masakan aku ada kawan lelaki. " balasku. Aisyah membalas " Hurmm aku rasa kan,better kita tunggu laa hujung minggu ini,dia kata dia bawa rombongan kan,kita siasat sama-sama siapa dia..tapi kan aku rasa macam tak percaya je kau nak kahwin..dulu bukan main tak nak kahwin..hehe " . " Kau ini saja je perli aku tau,mana laa aku nak tahu jadi macam ini..sedih tau~aku baru je habis belajar tak kan laa aku dah nak kahwin,aku pun nak jugak ada kehidupan sendiri dulu,kerja ke apa ke." balasku dengan nada sayu. Aisyah cuba memujuk " Alalala~kawan aku seorang ini merajuk ye..hehe comel je aku tengok..tapi kan Ainul~percayalah..rezeki Allah tu ada selepas kahwin..Pintu rezeki kan terbuka luas bila lepas kahwin..rileks laa jangan laa tertekan sangat okey sayang??" . Aku berkata lalu mengukir sebuah senyuman " hurmm yela..aku faham tapi aku ini faham-faham lah macam mana..tak pernah sembang dengan lelaki,jadi takut laa sikit.tapi kau kena janji dengan aku tau teman aku siasat siapa orangnya hujung minggu ini..geram ni..". "Hehe..baik bos! dah~dah~jom kita singgah rumah aku,mak aku cakap dia nak jumpa kau..rindu kat kau katanya..hehe" balas Aisyah. Aku menjawab " Hehe baiklah..jom.."
 
   Hari demi hari,musim silih berganti,malam berganti siang,siang berganti malam. Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Aku dan Aisyah berada di dalam bilikku untuk memerhatikan siapakah yang bakal menjadi calon suamiku itu. Ramai sungguh orang yang datang pada pihak rombongan berkunjung ke rumahku yang serba sederhana ini. Aku memerhatikan Abi dan Umi seronok bersembang dengan pihak rombongan. Tidak lama kemudian adikku Amir Mukminin memanggilku keluar dari bilik kerana Umiku panggil aku untuk mengenal siapakah bakal suamiku. Aku memegang erat tangan Aisyah dan masih rapat dengan Aisyah kerana malu dan aku menundukkan mukaku. Dan tibalah satu saat aku melihat wajah siapakah suamiku. Aku begitu terkejut dan tersentak. Dan hatiku berbisik "Ya Allah Ya Tuhanku~Sesungguhnya adakah ini jodoh kami??wajah Hafiz Alauddin berada di hadapanku...insan yang paling sopan tutur katanya bagiku,dan merupakan insan yang sangat-sangat aku malu jika aku menatap wajahnya..insan yang berjaya menerbitkan perasaan suka dalam hatiku kepada manusia yang bernama lelaki.."
 
   Lalu pihak rombongan menyatakan hasrat untuk meminangku,menjadikan aku sebagai isteri kepada Hafiz Alauddin. Abi dan Umi bertanyakan kepadaku adakah aku bersetuju. Aku hanya menunduk malu dengan muka kemerah-merahan. Rasa geram dan bengang sebelum ini menjadi suka dan cinta kini. Baru ku tahu rupanya Hafiz merupakan pelajar sambil bekerja,dia bekerja hanya biasa-biasa tetapi rezekinya ini cukup menampung untuk kehidupan kami sekeluarga nanti. Lalu mereka yang terlibat dalam peminangan ini telah merancang tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan kami. Dan akhirnya satu kata putus telah ditetapkan iaitu 3 hari sebelum majlis graduasi kami nanti kami akan bernikah dan kendurinya akan dijalankan pada sehari lepas majlis graduasi tersebut.
 
   Adakah ini cinta??adakah ini juga dikenali sebagai jodoh??bermacam persoalan yang bermain di mindaku ini. Aku tidak menyangka orang yang datang meminangku itu adalah Hafiz Alauddin. Orang yang pada awalnya tidak punya rasa cinta dan sayang,kini bakal menjadi suamiku. Yang dulunya aku sangat-sangat tidak gemar untuk dijodohkan dengan dia,kini dia bakal suamiku,Allah itu Maha Adil,pasti apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Walaupun begitu,aku bersyukur kerana telah dipertemukan pemilik tulang rusuk ini. Dan aku tetap terus berdoa agar diberikan hati yang kuat dalam menempuh cabaran-cabaran yang mendatang.
 
   Hari pernikahan kami pun tiba,hadirin yang hadir adalah dari kerabat-kerabat saudara kami sendiri. Aku
berdebar di saat itu,dan aku selalu berada dengan Aisyah kerana aku begitu takut dan gemuruh. Aisyah banyak kali menenangkan aku dan sentiasa berpesan kepadaku supaya sabar dan baca selawat Nabi supaya hilang gemuruh itu. Aku mengikut pesannya dan dengan izin Allah aku tenang sedikit. Setelah aku mendengar lafaz akad nikah dari Hafiz dengan sempurna ,maka aku sudah sah menjadi isterinya,dan dia sudah sah menjadi suamiku. Upacara membatalkan air sembahyang juga turut diadakan di mana dia akan menyarung cincin kepada jari manisku. Lalu aku mencium tangannya dan dia berkata " Terima Kasih kerana sudi menjadi isteri abang " . Sekuntum senyuman yang manis terukir indah di wajahnya. Kini aku telah menjadi miliknya sepenuhnya. Lantas aku pun berkata " Sama-sama abang,bimbinglah sayang hingga ke syurga bang " . Dengan perasaan malu aku menuturkan kata-kata sebegitu dan mengukir senyuman kebahagiaan di wajah agar suamiku sentiasa tenang melihat diriku.
 
   Setelah selesai pernikahan itu kami pun berangkat pulang dan menjalani kehidupan bersama-sama. Aku meminta Aisyah merahsiakan perkahwinan kami kepada 3 orang lagi sahabat-sahabat kami supaya aku ingin memberi kejutan kepada sahabat-sahabat kami nanti semasa majlis graduasi nanti. Dan Aisyah telah pun bersetuju untuk merahsiakannya. Kehidupan Hafiz adalah kehidupan bandar dan aku hanyalah kehidupan di kampung,dia ingin benar untuk pergi ke sawah padi untuk merasakan keseronokan bermain di sawah padi. Lalu aku pun mengajak dia untuk pergi menikmati suasana di sawah padi. Dan ternyata dialah insan yang paling gembira setelah dapat peluang sebegitu,isteri mana yang tak bahagia bila melihat suami gembira. Satu masa dia memanggilku untuk datang kepadanya lalu memegang tanganku. Seraya dia berkata " Sayang,sebelum abang kenal sayang,sayang umpama matahari,di mana mata abang yang melihatnya akan tertunduk ke bawah,dan kini sayang umpama bintang dan bulan,di mana mata abang yang melihatnya akan sentiasa terpegun dan bersinar harapan kebahagiaan" . Aku terharu lalu genggam erat tangan suamiku sambil berkata " Isteri mana yang tidak bahagia,jika mendapat pujian dari suami tercinta..Isteri mana yang tidak rasa dihargai,jika disayangi oleh suami tercinta..Ainul sayang abang dunia akhirat Ainul,kita bercinta sampai ke syurga ya abang..bimbinglah Ainul,Ainul akan jadi makmum yang terbaik buat abang " . Lalu Hafiz memeluk isterinya yang tercinta sambil berkata " Abang pun sayangkan Ainul..abang akan jadi imam yang terbaik buat sayang..abang janji "
 
   Majlis graduasi pun tiba akhirnya. Result para pelajar Universiti pun telah dikeluarkan. Masing-masing menanyakan result dengan kawan-kawan mereka. Aku pergi majlis graduasi itu bersama keluargaku dan juga keluarga suamiku. Aku ternampak sahabat-sahabat aku Khadijah,Nasuha,Aisyah dan Rabiatul sedang menunggu aku. Aku meminta izin kepada suamiku untuk pergi berjumpa dengan sahabat-sahabatku itu. Dan aku bersalam dan mencium tangan suamiku setelah diberi keizinan. Dan kami berbicara tentang result kami dan hala tuju hidup kami lepas ini..Alhamdulillah sahabat-sahabatku dan juga aku mendapat result yang baik dan mendapat tempat first class..Khadijah bertanya kepadaku " Wahh~akhirnya berjumpa juga kita lagi,sihat ke Ainul??lama tak dengar cerita,sekarang buat apa?? " . Aku membalas " Kehidupan aku seperti biasa je Khadijah,maklumlah dah bergelar isteri orang " . Khadijah,Nasuha,dan Rabiatul terkejut "Haaaahhhhhh???????" . Lalu Nasuha bertanya " Weii~bila kau kahwin haa??sampai hati tak ajak kawan kan..macam ini laa kan..merajuk lah! " . Aku memujuknya " Alalala~belum kendurinya lagi,esok kendurinya,siapa kata aku tak ajak..ini nak ajak laa ini..hehe ini kad kahwin aku,esok jangan lupa datang tau ke majlis aku hehe tanpa korang semua tak berseri laa majlis aku hehe " . Nasuha turut gembira bila mendengar ucapanku. Rabiatul bertanya " Haha nasib baiklah kau cakap macam itu,kalau tidak muncung memanjang jela Nasuha itu,hehe..dengan siapa kamu kahwin Ainul??" . Aku berkata "Cubalah kalian lihat dekat kad jemputan kahwin itu hehe" . " Hafiz Alauddin????? " Mereka bertiga terkejut lalu Aisyah menyambung " Itulah yang dinamakan jodoh kawan-kawan..hehehe " .
 
   Aku bersembang-sembang dengan sahabat-sahabatku,pelbagai cerita yang dapat dikongsikan bersama. Maklumlah sudah lama tidak bertemu. Setelah majlis graduasi itu tamat,Hafiz memanggilku untuk tangkap gambar bersama dengannya beserta jubah konvo. Lalu dia berkata " Alahai~isteri abang ini dapat jumpa kawan lupa abang ye..hehe cubit pipi dia nanti baru tahu hehe ". Aku tersipu malu lalu membalas " Hehe maafkan sayang ye abang,tak sengaja,hehe janganlah cubit..malu~hehe " . Setelah itu kami pun menangkap gambar bersama dan menjadikan gambar itu satu kenangan terindah buat awal perkahwinan kami.
 
   Tidak lama kemudian aku ditawarkan untuk menjadi seorang ustazah di sebuah sekolah dan menjadi seorang pendidik,dan suamiku pula mendapat tajaan belajar ke peringkat master di Jordan dan diberi jaminan kerja pensyarah setelah tamat belajar ekoran daripada resultnya yang cemerlang. Sahabatku pula Aisyah dapat sambung belajar di Mesir,Rabiatul sambung Master di IPT yang sama,Nasuha berjaya membuka kelas pengajian Al-Qurannya sendiri dan Khadijah menjadi Guru Agama di Sekolah Madrasah. Memang betul kata sahabat-sahabatku,kalau sudah jodoh,tiada siapa yang boleh menghalangnya. Kini aku bahagia dengan kehidupanku bersama suamiku yang tercinta..Dan benarlah juga rezeki selepas kahwin sangatlah luas. Alhamdulillah..

- MEORA AL PUTRA -

**********************************************

Haaa sekian sahajalah cerpen ringkas rekaan dari saya..
Hope sahabat2 semua enjoy saat membacanya..hehe^^
In Shaa Allah andai saya rajin saya akan cuba hasilkan cerpen baru ye..
Doakan saya semoga punyai masa dan waktu terluang hehe^^
Sekian sahaja dari saya..terima kasih sudi membaca..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Al-Quran::

::Kucing Comelku::