BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::Ahlan Wasahlan::


::Kata Pembuka Tirai::

Sunday, March 20, 2011

Selagi Aku Boleh Bernafas

Aku masih ingat
Malam itu malam sepi
Namun
Aku masih belum memasuki
Alam seberang dunia
Yang digelar alam mimpi

Aku hairan
Aku teresak esak semacam
Ada yang tidak kena
Rupa rupanya aku diserang
Gelisah dan onak hidup

Aku lagi hairan
Aku ni masih jiwa dikandung badan
Masih mempunyai organ kaki,tangan
Mata,bibir,telinga,otak,kapilari
Darah yang tidak pernah henti mengalir
Dan jantung aku yang masih berdentum

Sedangkan aku tidak mempunyai
Apa yang aku miliki
Aku cuma bukan sebarang makhluk
Yang digelar manusia
Bukan binatang juga
Dan bukan juga sebarang objek yang terdapat
Di halaman rumah aku

Walau bagaimanapun
Selagi aku masih bernafas
Aku membara barakanlah
Jiwa dan azam aku
Usahlah berputus asa
Supaya tidak mengikut langkah aku
Yang tidak berupaya melakukan apa apa
Selain memerhati dan membaca sebuah puisi ini
Yang mungkin aku terdengar sebagai
Bisikan angin sahaja

Inilah harapan aku
Supaya aku berazam dan berjiwa kembali
Melangkah ke hadapan dengan keberanian
Yang tidak mungkin ditempis dengan mudahnya
Dan juga merasai setiap detik aku hidup
Di alam yang aku hidup sekarang
Selagi aku masih bernafas

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: Al-Quran::

::Kucing Comelku::